Pages

Monday, September 28, 2015

Den Nak Berlari~ SJ 10KM

Zaman sekolah-sekolah dulu den cukup aktif bab-bab bersukan. Tapi bukan la 'ACE' sekolah sangat pun. Setakat wakil rumah sukan je kot. Hahaha. Den dulu bab lari-lari ni memang ke laut. Den reti lari 1 padang kejar bola hoki je. Okay what..kira masih lari kan.

Bila dah masuk alam kerja ni, jangankan berlari bila berjalan jauh sikit je dah mengah. Adoiiiii. Nampak sangat stamina dah kureng. 

Nak dijadikan citer, jeles jugak kekadang tengok kengkawan masuk aktiviti larian, dapat baju free (itu motip sebenar den), dapat medal (pun motip sebenar den), goodies bag (lagi sebab den nak masuk), lepastu dapat menyihatkan badan (yang ni tak masuk lam list den). Makanya den dengan rasmi masuklah aktiviti larian. 

Korang boleh search kan website myraceonline.com ya. Banyak info pasal upcoming run event ada dalam website tu.

Lari 10km ke? Wah hebat den! Kalo den masuk 10km, alamatnya seminggu den mc sebab sakit kaki. Nama pun first time nak lari kan, So amekla distance yang paling minimum. Jangan berlagak nak amek yang jejauh tu. Merana tubuh nanti. Hahaha. One day before, kawan den dah tolong pegi amek kan kit larian. Dapatlah den baju sehelai, nombor penyertaan dan barangan Shaklee. Iyaaa.. Shaklee.. Kau ado?? Hahaha. Teruja wei dapat vitamin E dengan GLA complex dari Shaklee...

Nombor tak bertuah langsung. Tak dapat menang Note 5 :'(

Hari larian tu jatuh hari Ahad, (20 Sept 2015). Acara mula seawal 7.00 pagi tu. Pagi sangat tuuu. Tapi demi nak berlari. Den gagahi jua. Ecehceh. Malam tu tido lambat sebab gatal kaki nak pegi tengok Maze Runner..hahaha.. Kalau pagi esok bangun lambat, alamat lari atas tilam je la. Hahaha. Den bangun awal and pegi lari okay. Hehehe..

Pagi tu kat Padang MPSJ dah ramai peserta yang datang. Bermula dengan Senamrobik. Sebab den duduk jauh ke belakang, haram den nak nampak akak semangat buat senamrobik atas stage tu. End up den buat senamrobik style den sendiri ^_^

Sebab den amik distance yang PALINGGGG jauh tu, den punya turn adalah yang terakhir. Hohoho...Masuk lagi kategori FUN RUN. Memang fun lah dapat turn paling last untuk pelepasan. Pihak pengurusan dah bagi guideline before berlepas.

"Lari sampai traffic light pertama, anda semua belok ke kiri.....lepas tu anda akan nampak traffic light ke dua, masuk ke kanan dan lari sehingga jumpa sekolah dan buat U-turn disitu..bla..bla..bla.."

Mulut tak ada insurans dengan penuh riak cakap. "Alah dekat je tu." Tapi bila den dah start lari. Hambekkk ko.. Traffic light pertama pun den rasa jauh. Baru je start lari dah komplen. Hahaha.. Apa-apa pun, den pendekkan cerita, den selamat habiskan larian den. Dapatlah den finisher medal yang den idam-idamkan. Dapatlah goodies bag yang den nak sangat tu.

Nin diaaa.. Medal pertama den~



Abaikan insan di belakang tu..hihi.. 
Tapi paling den tak boleh nak terima, bersusah payah masuk larian. Habis saja larian...

"Aney...roti kosong 2, teh tarik 1.."

Bukti masuk larian bukan untuk diet. Faham??


Sekian,

Majulah Larian untuk Kesihatan..

Next run: The Music Run at SIC

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts