Pages

Wednesday, October 28, 2015

The Music Run

Demi menyahut seruan Menteri Belia dan Sukan, makanya den dengan rasmi pergi masuk larian lagi. Kali ini sempena Hari Sukan Negara yang jatuh pada 10 October 2015. 

Den tak pasti berapa angka statistik warga malaysia yang sihat tubuh badan. Tapi memang den pasti sangat, angka yang sihat lagi sikit berbanding sebaliknya. Den bukan nak mengata orang, cukup den ambil contoh diri den sendiri. Rutin harian den, pagi pergi kerja lewat petang baru balik. Hujung minggu, kalau tak membuta di rumah mesti keluar merayap dalam mall. Bilalah masa nak bersukan. Kan..kan.. Ala korang pun mesti macam den kan. Tak apa. Kita habis cerita kat sini je. Hehehe.

Jadi dengan rela hatinya, den and the gossip girls join the run event "The Music Run". Apa yang best, lari dalam litar Sepang tu. Dah tu pulak, sepanjang larian ada sediakan muzik. Tak payah susah-susah nak bawak mp3.

Ayuh!!


Race start pukul 5 petang, tapi den sampai dah terawal sejam. Dalam otak ni pikir, baik pergi cari surau dulu. Nanti tak sempat pulak nak solat asar. Baru den tahu, rupanya nak mencari surau di litar F1 itu sangatlah mencabar dan memenatkan. Bayangkanlah, sukarelawan yang bertugas boleh tak tahu surau mana. What?? Den dah mula hilang sabar dah. Masa tu dah nekad, kalau tak jumpa surau jugak atas litar tu nanti den bentang sejadah. Alhamdulillah nasib den jumpa surau. 

Paling penghujung bangunan tu rupanya surau. 
Apa itu The Music Run. Haaa..den suka nak cerita sebab bagi den larian ni nampak unik. Den akan berlari dalam trek tu. 5 km ya korang. Den dah meng-upgradekan diri den. Setiap 1 km akan disajikan dengan genre muzik yang berbeza. Ada zone ROCK, POP, OLD SCHOOL, HIPHOP dan DANCE. Menarikkan. Tapi semua lagu omputih la. Den ni tak berapa nak faham. Tapi muzik kan universal. 

Nampak sangat terlebih profesional kan. Lari bawa beg. Haha

ROCK ZONE

POP ZONE

OLD SCHOOL ZONE

HIP HOP ZONE

DANCE
5km tu nampak macam dekat saja kan. Kalau den tengok F1 race atau MotoGP, macam kejap je dah kira 1 lap. Tapi cuba korang lari dalam trek tu. Ya Allah. Baru lari sekejap, tak lepas lagi zone pertama memasing dah tercungap-cungap. Dok merungut bila nak sampai penghujung. Haha. Awal-awal punyalah berkobar nak sahut cabaran YB KJ. Caitt.. Tipu saja. Sumpah 5 km tu sangat jauh. Lepas tu jangan ingat litar F1 tu mendatar saja. Ada bukit oiiii.. Rasa nak merangkak saja. Waaaa..Tapi den berjaya gak menghabiskan larian (berjalan sebenarnya). Teruja bila dapat medal. 

Dah gelap oiii..

Melepaskan lelah dengan 100plus. Segar..
Sekian,

Selamat Hari Sukan Negara

Next run: MyBuddies Run at Cyberjaya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts