Pages

Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, July 28, 2015

DEN POIE BANDUNG~ Day 3 & Day 4

#bilaatiqahberjalan

Day 3~


Arghhh.. seriously den kene habiskan jugak story pasal trip ke bandung ni. Maybe den punya story untuk trip kali ni tak menarik sangat untuk dibaca. Tak apa. First time nak tulis travelogue. Den akan pertingkatkan diri den lagi (dengan nada yakin) 


Pagi selepas bersiap-siap, den pun tunggu Dhani di Lobi hotel sambil buat sesi fotografi. Dhani sampai dalam lebih kurang pukul 9 pagi. Pasar Baru pun dah bukak time tu. So, jom menyopping.

Sampai saja di Pasar Baru, Dhani kenalkan den dengan ade seorang mamat ni. Serious den lupa nama dia. Dhani cakap, mamat ni akan bawak kita kedai apa kita nak pergi. Sebut je nak pergi mana, barang apa, semua dia akan tunjukkan. Kiranya die ni guide kita la. Dan tak perlu bayar sebab dah termasuk dalam pakej. Tapi..kau tak kesian ke tengok mamat ni merengkeh bawak barang hasil belian den dan kengkawan (memang dia insist nak bawakkan barang den ya. Bukan sebab den pemalas)
Jadi, den pun tong-tong la bagi duit tips untuk mamat ni. 

Jom tengok pic saja terus ek..hehehe..

Berbagai jenis telekung ada. Dari serendah RP40,000 sampai ke semahal RP 450,000 lebih kurang

Telekung-telekung ni nampak cantik, tapi bagi den kain dia tak best. Pastu jarang pulak tu. Siap promote, telekung siti khadijah-nya ada dijual jugak kak.. hohoho..

Kedai kain mana, siap ada kaunter untuk sediakan minuman. Den paling suka Fruit Tea. Teh Botol?? Tidak sama sekali..

Nak buat ole-ole makanan. Haha..pisang cheese femes. Nak salai, nak goreng sume ado. Kerepek keropok pun ado. 
Den paling suka bila time beli kerepek tu. Perut memang tengah lapar gila. Hambik kau, kakak tu dok sibuk suh try macam-macam. Memang den bertapa kat situ almost half hour jugak la. Semua nak try rasa kononnya. Haha.. Tapi yang bestnya, lepas beli siap bagi extra untuk kudap-kudap dalam kereta. Makasih kak.

Lepas Pasar Baru, kemana kita? Kita ke 1 factory outlet ni. Ramai ke sana sebab kawasan die cantik. Barang dalam tu, sama saja macam kau beli kat shopping mall. Pendapat den saja la. Sebab den ni not in to fashion sangat la. RUMAH MODE namanya. Time den sampai, elok je hujan. Nasib renyai-renyai. 

Ada story pasal benda alah ni. Dhani cerita kat den, Ada satu tembok serupa macam yang den ambik gambar ni, dilarang sama sekali untuk amek pic. Dhani cakap, ade orang amek dekat situ then orang tu rasa mcm ada something yang mengikutnya. Apa jadi kat orang tu den tak berapa ingat. Tapi memang Dhani tak bagi langsung amek pic kt situ. Sahih ke tak cerita tu, wallahualam..




Seharian bershopping, den pun balik lah hotel lepas kenyang makan malam. Penatnye ya allah. Den balik terus terlentang atas katil. Malam tu sibuk packing barang, kira duit, timbang beg. Esok nak check out dan terus ke airport. Ada saja masa nak jalan seround lagi ke FO-FO. Tapi memasing dah tak larat and dah tak de fulus. sobsob. 

Day 4~

Last day di Bandung. Rasa macam ada je tak lengkap dalam trip ni. Tapi den kene positifkan diri. Anggap ni sume pengalaman. Susah nak dapat trip yang perfect. Lagi-lagi den ni beginner dalam bab-bab travel ni. 

Memang perli habis supir ni. Kitorang berenam saja. Dia pi ambik pakai bas mini ni. Tau la beg kitorang banyak.

Meredah hujan. Nasib disediakan payung. Oh. sungguh jauh perjalanan ke kapal terbang. Hehehe..
Bye-bye Bandung. Sayonara. Not a perfect trip but i really enjoy. Actually den dah pergi trip ke Medan. But it's not worth to share. So many bad thing happened. Tapi den kutip semua tu untuk dijadikan iktibar dan pengalaman. Insyallah suatu hari nanti, den akan jadi a better person.

AtiqahAlmy~

Pautan lain:

Sunday, July 26, 2015

DEN POIE BANDUNG~ Day 2

#bilaatiqahberjalan

Day 2~

Bercintun den nak update status travelog den ni ha. Hampun, maaf den pinta. Jadi untuk hari ke-2, den sekumpulan dah plan nak poie Kawah Putih yang terletak nunnnnnnn jauh ke pedalaman. Kalau naik mobil, ambil masa lebih kurang 3 jam jugaklah. Demi nak tengok Kawah Putih, den gagahkan diri ini untuk meredah jalan raya. 

Actually den tak berapa nak ingat flow perjalanan den sebab dah lama gile baru nak update. Akan den usahakan untuk share sebanyak yang mungkin. Selalu orang akan ke Tangkuban Parahu kan? Mesti korang pernah dengar kan. Den sengaja tak nak pergi sebab harga tiket die dah melambung tinggi. Baik beli kain sulam bebanyak. Hehehe.

Jom tengok gambar ek. Sebab dah tak tau nak story ape. Maaf lagi sekali.



Warga indonesia pun ramai datang melawat. Diorang pun nak berlibur jugak.



 
Orang cakap pakcik ni buat show main alat muzik apa tah. Masa den nak balik, pakcik tu baru nak get ready.

Ini adalah van yang korang akan naik jika korang datang menggunakan bas. Bayaran akan dikenakan. Cuma den tak pasti berapa rupiah.


Bye.bye Kawah Putih

Lepas Kawah Putih, den pun gerak untuk balik ke bandar Bandung balik. Kali ni singgah makan tengah hari merangkap tea time die sebuah restoran ni. Sedap gak makanan nya.

Gubug Makan Mang Engking. Lokasin tak diketahui. Harap Maaf.

Style makan atas kolam. best.best. Den suko. Nyaman je rasa.


Lepas makan, perut dah kenyang, sambung shopping lagi. Macam semalam den merayap ke setiap factory outlet sampai dah malas nak masuk dah. Malam tu, memasing sume siap kira-kira balik duit sebab esok pepagi nak serbu Pasar Baru Trade Centre. So tolak tepi pe yang patut dulu. See u. Da~~


Atiqah.Almy

Pautan lain:

Tuesday, March 10, 2015

DEN POIE BANDUNG~ Day 1

#bilaatiqahberjalan

6Feb2015 

12.30am: Dah siap sedia terpacak kat KLIA 2. Amek lagi first flight ke Bandung pepagi buta. Merasalah kau tidur bergelimpangan dekat airport.

6.10am: Boarding time. Airasia AK 416. Perjalanan selama 2 jam 15 minit tu memang digunakan dengan sebaik mungkin untuk tidur. Terbau-bau Nasi Lemak Pak Naser kepunyaan uncle yang duduk sebelah aku ni. Mencabar perut aku betul.

9.00am: Selamat mendarat di airport Bandara Husein Sastranegara yang sangat so-so...kenapa so-so?? Well don't expect airport dia macam KLIA ya. Apa yang aku tahu, airport Bandara Husien Sastranegara ni sebenarnya airport untuk tentera. Since Bandung dah terkenal sebagai tempat shopping rakyat jelata, makanya airport di upgrade untuk penerbangan komersil. Sebab tu kalau tengok sekitar kawasan airport, memang kawasan tentera.

Welcome to Bandung

Selesai urusan imigresen, terus mencari Supir yang aku memang dah deal awal-awal lagi. Dhani dari Hayukka menjadi supir sepanjang 4 hari aku di Bandung. Mungkin jika ada yang mahu menggunakan perkhidmatan Dhani, whatsapp saja terus ke dia, +6282214441280 (Dhani Hayukka). 

Mood untuk shopping dah sampai. Plan untuk hari ini, Dhani bawa terus ke Rumah Sulam. Sangkaan aku rumah sulam tu dekat deretan kedai. Rupa-rupanya rumah kediaman dijadikan tempat untuk berniaga. Tuan tanahnya cina. Yang tukang jualnya muslim, yang pembelinya aku.. Siap bersila macam-macam gaya aku masa memilih. Hasil kaki kebas duduk bersila lelama tu, dapatlah hasilnya dalam 6 pasang kain sulam. Cukuplah tu. Bukan nak buat meniaga pun. Yang lagi best de wifi. Jadi sepantas kilat boleh snap pic-upload kat grup whatsapp-suka-terus beli.


Lepas Rumah Sulam, aku ke D'Fashion. Tempat jual kain-kain lace. Tapi sebab bukan penggemar lace, makanya nye cuci mata aja sambil beli kain yang orang kirim. Pada aku, D'fashion ni macam Jakel tu. So, harga pun tak boleh nak tawar menawar sangat. Sebelum sampai ke D'fashion, menyinggah kejap ke Toko Tiga. Terkenal dengan Jeans. Tapi bagi aku harga lebih kurang macam di Malaysia je. So masuk untuk cuci-cuci mata gak. Belum rasa nak spend duit kat situ.



3.00pm: Hujan lebat di kota Bandung. Wah..sejuk dan Laparrrrrr..Dah pukul 3.00pm baru nak mencari makanan. Nampak kain, makan pun dilupakan. On the way cari makan, menyinggah ke hotel untuk check in and letak barang supaya selesa dalam kereta tu. Kalau tak penuh dengan beg-beg kot. Sesak nafas dok berhimpit dalam kereta. Untuk penginapan, aku pilih Hotel Serela Jalan Riau. Kalau datang berempat, aku boleh suggestkan korang duduk sini sebab biliknya boleh sumbat empat orang sekali. Booking dekat Agoda.com aje senang.
1st floor: Twin Bed | 2nd floor: Queen Bed
Dhani bawa ke Restoran Padang Sederhana. Makanan minang ya untuk tengah hari tu. Ramai dah kot dah tau style makan di restoran minang ni macam mana kan. Berlambak lauk atas meja sampai ko nak letak pinggan nasi ko pun rasanya tak muat.

Tips #atiqahalmy: Makan apa yang korang nak saja. Jangan gatal-gatal nak usik, tapi tak nak makan. Once dah usik, consider sold tau..hihi.

Bila perut dah kenyang, baru semangat nak shopping. Disebabkan hujan and ada jalan yang naik air. Jadi aku decide untuk ke factory outlet sekitar Jalan Riau. Antara FO yang terletak di Jalan Riau seperti The Oasis, Jetset, Secret,Jessie James, Terminal Tas and more. Tapi tak ada hasil sangat pun. Sebab macam tak ada yang berkenan pun.



Tips #atiqahalmy: Kalau bernasib baik, korang dapat beli branded thing pada harga yang berbaloi murah.


Kemudian, sebelum pulang ke hotel. Menyinggahlah aku ke Perfume Collector. Bukan untuk diri sendiri pun. Beli untuk orang yang mengirim. Sebenarnya Perfume Collector ni banyak cawangan. Sebab mana-mana saja mesti ada kedai dia. Harga dari serendah Rp 5000 hingga Rp 60,000 bergantung juga pada bau yang korang pilih. Siap boleh nak warnakan lagi perfume korang.


Dah settle membeli..hari pun dah malam. Perut dah berkeroncong, tapi badan dah penat. Kesudahannya, ramai-ramai pergi mart beli megi.. hahaha.. malam tu berjemaah makan megi. So, malam tu semua tidur awal. Kepenatan campur esok nak kena bangun pagi sebab nak ke Kawah Putih. Kenapa ke Kawah Putih bukan ke Tangkuban Parahu?? Nanti akan aku cerita.


AtiqahAlmy

PS: Nak habiskan satu hari punya travelog pun makan masa..hmmmm..

Pautan lain:
DEN POIE BANDUNG~ Day 2
DEN POIE BANDUNG~ Day 3 & Day 4

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts