Pages

Tuesday, July 28, 2015

DEN POIE BANDUNG~ Day 3 & Day 4

#bilaatiqahberjalan

Day 3~


Arghhh.. seriously den kene habiskan jugak story pasal trip ke bandung ni. Maybe den punya story untuk trip kali ni tak menarik sangat untuk dibaca. Tak apa. First time nak tulis travelogue. Den akan pertingkatkan diri den lagi (dengan nada yakin) 


Pagi selepas bersiap-siap, den pun tunggu Dhani di Lobi hotel sambil buat sesi fotografi. Dhani sampai dalam lebih kurang pukul 9 pagi. Pasar Baru pun dah bukak time tu. So, jom menyopping.

Sampai saja di Pasar Baru, Dhani kenalkan den dengan ade seorang mamat ni. Serious den lupa nama dia. Dhani cakap, mamat ni akan bawak kita kedai apa kita nak pergi. Sebut je nak pergi mana, barang apa, semua dia akan tunjukkan. Kiranya die ni guide kita la. Dan tak perlu bayar sebab dah termasuk dalam pakej. Tapi..kau tak kesian ke tengok mamat ni merengkeh bawak barang hasil belian den dan kengkawan (memang dia insist nak bawakkan barang den ya. Bukan sebab den pemalas)
Jadi, den pun tong-tong la bagi duit tips untuk mamat ni. 

Jom tengok pic saja terus ek..hehehe..

Berbagai jenis telekung ada. Dari serendah RP40,000 sampai ke semahal RP 450,000 lebih kurang

Telekung-telekung ni nampak cantik, tapi bagi den kain dia tak best. Pastu jarang pulak tu. Siap promote, telekung siti khadijah-nya ada dijual jugak kak.. hohoho..

Kedai kain mana, siap ada kaunter untuk sediakan minuman. Den paling suka Fruit Tea. Teh Botol?? Tidak sama sekali..

Nak buat ole-ole makanan. Haha..pisang cheese femes. Nak salai, nak goreng sume ado. Kerepek keropok pun ado. 
Den paling suka bila time beli kerepek tu. Perut memang tengah lapar gila. Hambik kau, kakak tu dok sibuk suh try macam-macam. Memang den bertapa kat situ almost half hour jugak la. Semua nak try rasa kononnya. Haha.. Tapi yang bestnya, lepas beli siap bagi extra untuk kudap-kudap dalam kereta. Makasih kak.

Lepas Pasar Baru, kemana kita? Kita ke 1 factory outlet ni. Ramai ke sana sebab kawasan die cantik. Barang dalam tu, sama saja macam kau beli kat shopping mall. Pendapat den saja la. Sebab den ni not in to fashion sangat la. RUMAH MODE namanya. Time den sampai, elok je hujan. Nasib renyai-renyai. 

Ada story pasal benda alah ni. Dhani cerita kat den, Ada satu tembok serupa macam yang den ambik gambar ni, dilarang sama sekali untuk amek pic. Dhani cakap, ade orang amek dekat situ then orang tu rasa mcm ada something yang mengikutnya. Apa jadi kat orang tu den tak berapa ingat. Tapi memang Dhani tak bagi langsung amek pic kt situ. Sahih ke tak cerita tu, wallahualam..




Seharian bershopping, den pun balik lah hotel lepas kenyang makan malam. Penatnye ya allah. Den balik terus terlentang atas katil. Malam tu sibuk packing barang, kira duit, timbang beg. Esok nak check out dan terus ke airport. Ada saja masa nak jalan seround lagi ke FO-FO. Tapi memasing dah tak larat and dah tak de fulus. sobsob. 

Day 4~

Last day di Bandung. Rasa macam ada je tak lengkap dalam trip ni. Tapi den kene positifkan diri. Anggap ni sume pengalaman. Susah nak dapat trip yang perfect. Lagi-lagi den ni beginner dalam bab-bab travel ni. 

Memang perli habis supir ni. Kitorang berenam saja. Dia pi ambik pakai bas mini ni. Tau la beg kitorang banyak.

Meredah hujan. Nasib disediakan payung. Oh. sungguh jauh perjalanan ke kapal terbang. Hehehe..
Bye-bye Bandung. Sayonara. Not a perfect trip but i really enjoy. Actually den dah pergi trip ke Medan. But it's not worth to share. So many bad thing happened. Tapi den kutip semua tu untuk dijadikan iktibar dan pengalaman. Insyallah suatu hari nanti, den akan jadi a better person.

AtiqahAlmy~

Pautan lain:

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts