Pages

Wednesday, August 12, 2015

IPHONE DEN~

Kali ni den bukan berniat untuk bermegah-megahan ya. Sebab den rasa ada lagi orang lain yang jauh lagi mampu dari den. Awal tahu lalu den ada buat entry tentang wishlist untuk tahun 2015. Jom den nak update sikit apa yang den dah capai.

Wishlist pertama~ Travelling

Bulan Februari den dah ke Bandung, Indonesia. Korang boleh la tengok entry tentang trip den ke sana. Dek kerana busy dengan kelas dan projek thesis, den pause sekejap dari berjalan. Now, dah oficially tamat belajar. Yuhuuu~ So next trip, Cameron Highlands, Pahang masa cuti Hari Merdeka nanti. Then last sekali untuk tahun ni kot, den akan ke Korea Selatan insyallah November nanti. Sekarang dah mula merancang untuk tahun 2016 pula. Hmmmm... nak ke mana ek? Ada suggestion?


Wishlist kedua~ Iphone

Hoyeaahhh.. Idaman ni. Walaupun setakat iphone 5 refurbished set. But it's still iphone hokay. Yang penting Original. Habis duit bonus den beli iphone. 


Wishlist ketiga~ Honda Jazz

Errrr... tang wishlist ketiga ni den kena KIV dulu la nampak gayanya. Hehehe..


So far, apa den hajatkan ada yang dah tercapai. Alhamdulillah. Tapi nak tambah satu lagi wishlist kot. Tapi ni available untuk tahun bila-bila pun.

Wishlist extra~ Kahwin

Ok. Bye...


D.E.N

Thursday, July 30, 2015

DEN NAK TERBANG~

Assalamualaikum~

Kahkahkah. Tajuk tak boleh blah. Macamlah den ni superman boleh terbang sana sini. Den terbaca entry di blog azuzafu.com tentang do's & don'ts masa nak terbang di KLIA2 terutamanya. Thanks akak. Info akak sangat-sangat berguna buat orang baru seperti den. Korang nak dapatkan info boleh klik di SINI

Dulu masa den buat ayat sedih kat mak siap leleh-leleh air mata hingus semua lol 

Den: Mak, den tak pernah naik kapal terbang. Jom naik nak mak?

Mak: Buat apa? Bukan best pun naik.

Den dah muncung sedepa. Mak dah pernah naik bolehlah cakap cam tu.

Mak: Naik kapal terbang tu serupa macam naik bas saja. 

Apa???? Mak. Mak salah tau. Den baca tulisan kak Azzah, dia cakap naik kapal terbang TAK SAMA macam naik bas. Mak nak bukti? 

Tengok.. betulkan apa den cakap. Tak sama~

Hehehe. Tapi sebelum den dapat buktikan, mak den dah bawa den naik kapal terbang dulu. Den dah umur matang baru dapat naik kapal terbang. Budak sekarang yang untung, Airasia tu memanjang ada promo. Terima kasih mak sudi capaikan hasrat anak mak ni. 

Lepas dah rasa naik kapal terbang tu macam mana, mulalah eksyen. Den pun cakap kat mak.

Den: Mak. Den dah booking tiket pergi Singapore.

Terbanglah den ke Singapura. (Style backpacker. Moment yang den tak boleh masa tu den hampir-hampir ketinggalan kapal terbang. Bagaikan peserta amazing race, den berlari dalam LCCT tu. Masa tu dalam hati comel ni terpikir, itu lah riak dengan mak lagi. Nasib den baik sempat sampai. Puncanya masa tu, den salah tengok announce kat skrin either dah gate dah open or belum. Peringatan buat den.

Kadang-kadang bila beringat tak semestinya tak kan berlaku lagi kan. Lagi sekali, tapi kali ni bukan hampir tapi memang dah kena tinggal dengan kapal terbang. Frust menonggeng masa tu hanya Allah yang tahu. Remuk hati kiut ni bila mampu tengok badan kapal terbang dari sisi cermin hall. Kali ni den rasa menyesal tak ikut cakap mak den. Mak den dah cakap dah.

Mak: Tak nak pergi awal ke KLIA2 ke? Tak sempat nanti.

Den: Insyallah mak. Pergi pukul sekian jam (flight awal pagi) sempat nanti.

Mak den okaykan aje sebab den yang nak pergi. Malu dan rasa bersalah, den tak bagi tau pun mak den pasal peristiwa ni (minta maaf mak) Punca kali ni kena tinggal dan terpaksa beli tiket baru disebabkan oleh kelekaan den sendiri. Sudahlah lambat, boleh jalan macam konon awal, lepas tu tak tahu pulak gate den perlu pergi jauh giler. Peringatan lagi sekali buat den.

Tak nak mengalah, lagi sekali den nak terbang. Masih sama. Flight di awal pagi. Den nekad, kali ni den nak pacak tiang khemah di airport saja. Jam 12 pagi den dah di airport. Tidur-tidur ayam dekat bangku kosong. Aduh, seksanya nak mengembara. Tapi den suka. Dapat rasa susah, dapat rasa payah. 

Akan datang, den akan terbang lagi. Kali ni penerbangan tengah malam. Den tak pasti bagaimana keadaannya. Tapi yang pasti den akan terpacak di airport sesudah maghrib. 


AtiqahAlmy


Wednesday, July 29, 2015

Travel~

MALAYSIA

Malaysia tanah air ku. Sesungguhnya, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Banyak tempat dah dilawati. Cuma terkilan tak di kongsi.

CAMERON HIGHLANDS (29 Aug - 31 Aug 2015)

1. Den Poie Cameron Highlands~ Day 1
2. Den Poie Cameron Highlands~ Day 2
3. Den Poie Cameron Highlands~ Day 3

INDONESIA

Indonesia adalah antara negara yang senang untuk dijelajah. Selain dari faktor bahasa dan adat yang lebih kurang sama dengan Malaysia, Indonesia mempunyai banyak tempat untuk dilawati.


BANDUNG (6 Feb - 9 Feb 2015)

1. Den Poie Bandung~ Day 1
2. Den Poie Bandung~ Day 2
3. Den Poie Bandung~ Day 3 & Day 4

SINGAPURA

Singapura adalah negara pertama yang den travel secara backpack. Den belajar cari maklumat sendiri, urus semua perkara sendiri, naik flight sendiri. Hmm. tetibe proud to myself. ececeh...But trip ke USS den tak buat entry. Sebab masa tu noob sangat pasal blog-blog ni. So sad...

1. Universal Studio Singapore (USS)


KOREA SELATAN

Impian nak ke negara 4 musim akhirnya tercapai. Tambahan impian nak tengok real salji terlaksana. Korea Selatan dari sudut mata den, sebuah negara yang moden dan maju. Bukan setakat popular dengan K-Pop atau K-Drama, ada juga yang datang kerana tertarik dengan budaya hidup dan adat masyarakat di sana.


PULAU JEJU (24 Nov - 26 Nov 2015)


SEOUL (26 Nov - 30 Nov 2015)



Next trip?? (Rancangan den untuk akan datang)

2016
PULAU PINANG
PULAU REDANG

2017
JEPUN


Tuesday, July 28, 2015

DEN POIE BANDUNG~ Day 3 & Day 4

#bilaatiqahberjalan

Day 3~


Arghhh.. seriously den kene habiskan jugak story pasal trip ke bandung ni. Maybe den punya story untuk trip kali ni tak menarik sangat untuk dibaca. Tak apa. First time nak tulis travelogue. Den akan pertingkatkan diri den lagi (dengan nada yakin) 


Pagi selepas bersiap-siap, den pun tunggu Dhani di Lobi hotel sambil buat sesi fotografi. Dhani sampai dalam lebih kurang pukul 9 pagi. Pasar Baru pun dah bukak time tu. So, jom menyopping.

Sampai saja di Pasar Baru, Dhani kenalkan den dengan ade seorang mamat ni. Serious den lupa nama dia. Dhani cakap, mamat ni akan bawak kita kedai apa kita nak pergi. Sebut je nak pergi mana, barang apa, semua dia akan tunjukkan. Kiranya die ni guide kita la. Dan tak perlu bayar sebab dah termasuk dalam pakej. Tapi..kau tak kesian ke tengok mamat ni merengkeh bawak barang hasil belian den dan kengkawan (memang dia insist nak bawakkan barang den ya. Bukan sebab den pemalas)
Jadi, den pun tong-tong la bagi duit tips untuk mamat ni. 

Jom tengok pic saja terus ek..hehehe..

Berbagai jenis telekung ada. Dari serendah RP40,000 sampai ke semahal RP 450,000 lebih kurang

Telekung-telekung ni nampak cantik, tapi bagi den kain dia tak best. Pastu jarang pulak tu. Siap promote, telekung siti khadijah-nya ada dijual jugak kak.. hohoho..

Kedai kain mana, siap ada kaunter untuk sediakan minuman. Den paling suka Fruit Tea. Teh Botol?? Tidak sama sekali..

Nak buat ole-ole makanan. Haha..pisang cheese femes. Nak salai, nak goreng sume ado. Kerepek keropok pun ado. 
Den paling suka bila time beli kerepek tu. Perut memang tengah lapar gila. Hambik kau, kakak tu dok sibuk suh try macam-macam. Memang den bertapa kat situ almost half hour jugak la. Semua nak try rasa kononnya. Haha.. Tapi yang bestnya, lepas beli siap bagi extra untuk kudap-kudap dalam kereta. Makasih kak.

Lepas Pasar Baru, kemana kita? Kita ke 1 factory outlet ni. Ramai ke sana sebab kawasan die cantik. Barang dalam tu, sama saja macam kau beli kat shopping mall. Pendapat den saja la. Sebab den ni not in to fashion sangat la. RUMAH MODE namanya. Time den sampai, elok je hujan. Nasib renyai-renyai. 

Ada story pasal benda alah ni. Dhani cerita kat den, Ada satu tembok serupa macam yang den ambik gambar ni, dilarang sama sekali untuk amek pic. Dhani cakap, ade orang amek dekat situ then orang tu rasa mcm ada something yang mengikutnya. Apa jadi kat orang tu den tak berapa ingat. Tapi memang Dhani tak bagi langsung amek pic kt situ. Sahih ke tak cerita tu, wallahualam..




Seharian bershopping, den pun balik lah hotel lepas kenyang makan malam. Penatnye ya allah. Den balik terus terlentang atas katil. Malam tu sibuk packing barang, kira duit, timbang beg. Esok nak check out dan terus ke airport. Ada saja masa nak jalan seround lagi ke FO-FO. Tapi memasing dah tak larat and dah tak de fulus. sobsob. 

Day 4~

Last day di Bandung. Rasa macam ada je tak lengkap dalam trip ni. Tapi den kene positifkan diri. Anggap ni sume pengalaman. Susah nak dapat trip yang perfect. Lagi-lagi den ni beginner dalam bab-bab travel ni. 

Memang perli habis supir ni. Kitorang berenam saja. Dia pi ambik pakai bas mini ni. Tau la beg kitorang banyak.

Meredah hujan. Nasib disediakan payung. Oh. sungguh jauh perjalanan ke kapal terbang. Hehehe..
Bye-bye Bandung. Sayonara. Not a perfect trip but i really enjoy. Actually den dah pergi trip ke Medan. But it's not worth to share. So many bad thing happened. Tapi den kutip semua tu untuk dijadikan iktibar dan pengalaman. Insyallah suatu hari nanti, den akan jadi a better person.

AtiqahAlmy~

Pautan lain:

Sunday, July 26, 2015

DEN POIE BANDUNG~ Day 2

#bilaatiqahberjalan

Day 2~

Bercintun den nak update status travelog den ni ha. Hampun, maaf den pinta. Jadi untuk hari ke-2, den sekumpulan dah plan nak poie Kawah Putih yang terletak nunnnnnnn jauh ke pedalaman. Kalau naik mobil, ambil masa lebih kurang 3 jam jugaklah. Demi nak tengok Kawah Putih, den gagahkan diri ini untuk meredah jalan raya. 

Actually den tak berapa nak ingat flow perjalanan den sebab dah lama gile baru nak update. Akan den usahakan untuk share sebanyak yang mungkin. Selalu orang akan ke Tangkuban Parahu kan? Mesti korang pernah dengar kan. Den sengaja tak nak pergi sebab harga tiket die dah melambung tinggi. Baik beli kain sulam bebanyak. Hehehe.

Jom tengok gambar ek. Sebab dah tak tau nak story ape. Maaf lagi sekali.



Warga indonesia pun ramai datang melawat. Diorang pun nak berlibur jugak.



 
Orang cakap pakcik ni buat show main alat muzik apa tah. Masa den nak balik, pakcik tu baru nak get ready.

Ini adalah van yang korang akan naik jika korang datang menggunakan bas. Bayaran akan dikenakan. Cuma den tak pasti berapa rupiah.


Bye.bye Kawah Putih

Lepas Kawah Putih, den pun gerak untuk balik ke bandar Bandung balik. Kali ni singgah makan tengah hari merangkap tea time die sebuah restoran ni. Sedap gak makanan nya.

Gubug Makan Mang Engking. Lokasin tak diketahui. Harap Maaf.

Style makan atas kolam. best.best. Den suko. Nyaman je rasa.


Lepas makan, perut dah kenyang, sambung shopping lagi. Macam semalam den merayap ke setiap factory outlet sampai dah malas nak masuk dah. Malam tu, memasing sume siap kira-kira balik duit sebab esok pepagi nak serbu Pasar Baru Trade Centre. So tolak tepi pe yang patut dulu. See u. Da~~


Atiqah.Almy

Pautan lain:

Tuesday, March 10, 2015

DEN POIE BANDUNG~ Day 1

#bilaatiqahberjalan

6Feb2015 

12.30am: Dah siap sedia terpacak kat KLIA 2. Amek lagi first flight ke Bandung pepagi buta. Merasalah kau tidur bergelimpangan dekat airport.

6.10am: Boarding time. Airasia AK 416. Perjalanan selama 2 jam 15 minit tu memang digunakan dengan sebaik mungkin untuk tidur. Terbau-bau Nasi Lemak Pak Naser kepunyaan uncle yang duduk sebelah aku ni. Mencabar perut aku betul.

9.00am: Selamat mendarat di airport Bandara Husein Sastranegara yang sangat so-so...kenapa so-so?? Well don't expect airport dia macam KLIA ya. Apa yang aku tahu, airport Bandara Husien Sastranegara ni sebenarnya airport untuk tentera. Since Bandung dah terkenal sebagai tempat shopping rakyat jelata, makanya airport di upgrade untuk penerbangan komersil. Sebab tu kalau tengok sekitar kawasan airport, memang kawasan tentera.

Welcome to Bandung

Selesai urusan imigresen, terus mencari Supir yang aku memang dah deal awal-awal lagi. Dhani dari Hayukka menjadi supir sepanjang 4 hari aku di Bandung. Mungkin jika ada yang mahu menggunakan perkhidmatan Dhani, whatsapp saja terus ke dia, +6282214441280 (Dhani Hayukka). 

Mood untuk shopping dah sampai. Plan untuk hari ini, Dhani bawa terus ke Rumah Sulam. Sangkaan aku rumah sulam tu dekat deretan kedai. Rupa-rupanya rumah kediaman dijadikan tempat untuk berniaga. Tuan tanahnya cina. Yang tukang jualnya muslim, yang pembelinya aku.. Siap bersila macam-macam gaya aku masa memilih. Hasil kaki kebas duduk bersila lelama tu, dapatlah hasilnya dalam 6 pasang kain sulam. Cukuplah tu. Bukan nak buat meniaga pun. Yang lagi best de wifi. Jadi sepantas kilat boleh snap pic-upload kat grup whatsapp-suka-terus beli.


Lepas Rumah Sulam, aku ke D'Fashion. Tempat jual kain-kain lace. Tapi sebab bukan penggemar lace, makanya nye cuci mata aja sambil beli kain yang orang kirim. Pada aku, D'fashion ni macam Jakel tu. So, harga pun tak boleh nak tawar menawar sangat. Sebelum sampai ke D'fashion, menyinggah kejap ke Toko Tiga. Terkenal dengan Jeans. Tapi bagi aku harga lebih kurang macam di Malaysia je. So masuk untuk cuci-cuci mata gak. Belum rasa nak spend duit kat situ.



3.00pm: Hujan lebat di kota Bandung. Wah..sejuk dan Laparrrrrr..Dah pukul 3.00pm baru nak mencari makanan. Nampak kain, makan pun dilupakan. On the way cari makan, menyinggah ke hotel untuk check in and letak barang supaya selesa dalam kereta tu. Kalau tak penuh dengan beg-beg kot. Sesak nafas dok berhimpit dalam kereta. Untuk penginapan, aku pilih Hotel Serela Jalan Riau. Kalau datang berempat, aku boleh suggestkan korang duduk sini sebab biliknya boleh sumbat empat orang sekali. Booking dekat Agoda.com aje senang.
1st floor: Twin Bed | 2nd floor: Queen Bed
Dhani bawa ke Restoran Padang Sederhana. Makanan minang ya untuk tengah hari tu. Ramai dah kot dah tau style makan di restoran minang ni macam mana kan. Berlambak lauk atas meja sampai ko nak letak pinggan nasi ko pun rasanya tak muat.

Tips #atiqahalmy: Makan apa yang korang nak saja. Jangan gatal-gatal nak usik, tapi tak nak makan. Once dah usik, consider sold tau..hihi.

Bila perut dah kenyang, baru semangat nak shopping. Disebabkan hujan and ada jalan yang naik air. Jadi aku decide untuk ke factory outlet sekitar Jalan Riau. Antara FO yang terletak di Jalan Riau seperti The Oasis, Jetset, Secret,Jessie James, Terminal Tas and more. Tapi tak ada hasil sangat pun. Sebab macam tak ada yang berkenan pun.



Tips #atiqahalmy: Kalau bernasib baik, korang dapat beli branded thing pada harga yang berbaloi murah.


Kemudian, sebelum pulang ke hotel. Menyinggahlah aku ke Perfume Collector. Bukan untuk diri sendiri pun. Beli untuk orang yang mengirim. Sebenarnya Perfume Collector ni banyak cawangan. Sebab mana-mana saja mesti ada kedai dia. Harga dari serendah Rp 5000 hingga Rp 60,000 bergantung juga pada bau yang korang pilih. Siap boleh nak warnakan lagi perfume korang.


Dah settle membeli..hari pun dah malam. Perut dah berkeroncong, tapi badan dah penat. Kesudahannya, ramai-ramai pergi mart beli megi.. hahaha.. malam tu berjemaah makan megi. So, malam tu semua tidur awal. Kepenatan campur esok nak kena bangun pagi sebab nak ke Kawah Putih. Kenapa ke Kawah Putih bukan ke Tangkuban Parahu?? Nanti akan aku cerita.


AtiqahAlmy

PS: Nak habiskan satu hari punya travelog pun makan masa..hmmmm..

Pautan lain:
DEN POIE BANDUNG~ Day 2
DEN POIE BANDUNG~ Day 3 & Day 4

Friday, January 16, 2015

BEGINNING (2015)


Happy New Year!!
Selamat Tahun Baru.

Apa azam tahun baru? Hmmm..bukan azam la tapi lebih kepada 'wishlist' kot. Bila pikir balik, azam tiap-tiap tahun sama saja. 

Wishlist 2015

1. Travelling
(since last year, mcm jadi hobi baru untuk travel. Tak kisah la, dalam atau ke luar negara.)

2. Iphone
(berzaman masuk dalam wishlist, tapi tak pernahnya berjaya nak beli)

3. Honda Jazz
(my dream car)


Fresh start in 2015. Once again, Hi 2015!!

A.A

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts